Hey-oh :D
K kayyyyyyy, harini kita muhasabah diri sikit otey? Kalau cakap pasal KIAMAT, sape paling takut? Yien lah orang paling takut sampai pukul aku mcm nk tecabut seluruh organ tubuhku. #sape tktakut kiamat ye dokkk? So td time AM, tetiba pulak tefikir pasal kiamat ni. Apa akan jadi? Berapa lama dn berapa seksanya aku nanti di akhirat? Bagaimana pulak dgn dosa aku yang sebanyak pasir di pantai? Akankah Allah ampunkan aku? Atau sebaliknya? Wallahua'lam..

Aku ni. Kalau nk dikirakn seksi, tklah seksi pn. Nk kira setan, tksetan mana pn. Cuma bila fikir balik pasal dosa aku, aku teringat semua kisah silam aku balik. Apa aku tipu mak, berapa baldi aku buat mak menangis, betapa kecewanya mak dgn aku, papa dh tkpercayakn aku, maki hamun kakak, aku tkmengaku abang tu abang kandung aku, maki orang ini, maki orang itu, tkhormat orang tua, kurang ajar dgn cikgu, buat cikgu menangis, fitnah orang yang aku tksuka, bermusuh sesama Islam, tipu sana sini. Astaghfirullahalazim manusia akhir zaman.

Andai kata aku mati esok, apa jadi? Mcm mana dengan gambar fb aku? Siapa nk sorokkan aib aku yang aku sendiri bukak seluas-luasnya? Siapa nk tanggung dosa aku? Perlukah aku potong lidah aku beribu kali? Perlukah aku makan daging saudara sendiri? Dn perlukah aku digantung rambut manakala otakku menggelegak akibat aku tkmemakai tudung? Akankah aku digantung payu dara kerana menunjukkn lurahku kepada awam? Kalau nk disebut satu-satu dosa aku, memang tkhabis cerita. Ya Allah hinanya aku. Ya Allah..

Aku nk berubah, aku nk bertaubat. Cuma bila aku pakai menutup aurat, aku akan jealouuuuus dengan keseksian dn perhatian yang perempuan lain dapat bila mereka pakai mcmtu. Kenapa aku tkpernah nk jealouuuuuuus dgn dosa mereka yang bertimbun? Ya Allah, sedarkanlah aku. Ampunkan aku )';

#K kalau aku mati esok ke bebila, sebelum terlambat aku nk mintak maaf. Maafkn aku wey, tknk aku masuk neraka pftt kbai